Wednesday, September 11, 2013

Apa itu Resdung?


Apakah Resdung atau SINUSTISUS??

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

★ Hidung tersumbat dan berbau busuk
★ Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
★ Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
★ Kerap bersin terutama di waktu pagi
★ Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
★ Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
★ Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
★ Kerap sakit kepala atau migrain


Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.





Punca Resdung
ALAHAN  

Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu. Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..



Jom dptkan konsultasi percuma dr saya...jangan segan!..call/sms saja...

Shaklee Independent Distributor
ID: 956983
✉: 012-3247441 | LINA
✉: Cahayabonda21@gmail.com

 FB: https://www.facebook.com/PuteriShiena
 FB Page: https://www.facebook.com/CahayaBonda21
 Blog: http://cahayabonda21.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut Setiaku ;)